Tuesday, 10 October 2017

DETAILED SCAN VS 2D SCAN


Assalamualaikum guys..

Sebenarnya post ini dah tulis dari hari ahad, tapi ramai plak yg dtg appointment...so tetunda2 nak menaip..Belum lagi melayan 2puteri kat umah...hehehe
so now kita nak cerita pasal Detailed scan ...

Ibu-ibu hamil ni slalu dtg tanya
 " dik , akak nak buat scan 4d... akak nk tgok ade msalah pape tak dengan baby akak"...
"doc, kalau buat 4d ni mmg bleh tau kan kalau anak saya ade masalah pape kan " 

JAWAPANNYA : 4D Scan bukan detailed scan.....

 Orait then kat sini sy nak share sedikit info tentang detailed scan ...

DETAILED SCAN  atau nama lainnya anomaly scan yang menggunakan Ultrasound 2D. 
Biasanya dianjurkan dilakukan pada usia kandungan 18 - 24 minggu
Prosedur ini biasanya mengambil masa lebih kurang 20 minit atau mungkin lebih lama jika kedudukan bayi tidak ideal untuk melihat organ-organ yang tertentu. 

So apa tujuan dilakukan detailed scan ini? 

1. Melihat perkembangan bayi, umur bayi (gestational age) dan kedudukan bayi
2. Mengukur tahap air ketuban dan kedudukan uri
3. Mengetahui keabnormalan struktur dan perkembangan bayi dimana scan ini boleh mengesan 80% keabnormalan yang serius.


Tapi.... Ada juga kes ibu hamil yang telah melakukan detailed scan semasa hamil tetapi anak yang lahir mempunyai kecacatan yang yang tidak dapat dikesan semasa scan .... Y?

Keberkesanan scan untuk mengesan masalah pada janin bergantung kepada:

1. Kepakaran doktor/sonographer yang melakukan scan
2. Kecanggihan mesin ultrasound scan
3. Saiz badan si ibu mengandung. Kalau si ibu obes, gelombang ultrasound tidak berupaya untuk menembusi lapisan lemak ibu untuk sampai ke janin. Jangan salahkan doktor!
4. Kedudukan/posisi janin. Kadangkala, janin akan menyorokkan mukanya, tangannya dan sebagainya. Dalam kedudukan janin meniarap, mungkin sukar untuk memeriksa jantungnya. Dalam kedudukan janin terlentang pula, mungkin sukar untuk memeriksa tulang belakang dan buah pinggangnya.
5. Usia kandungan yang terlalu lewat. Pada usia kandungan melebihi 34 minggu, janin sudah besar dan akan berada dalam keadaan 'terhimpit' di dalam rahim. Tulang-tulang janin juga mula mengeras (mineralized) dan menyebabkan gelombang ultrasound payah untuk tembus. Usia kandungan yang paling sesuai ialah antara 18-24 minggu.

Antara kecacatan yang boleh dikesan ialah :
- Spina Bifida
- Diaphragmatica hernia 
- Major Congenital Heart Problem
- Hydrocephalus
- Anencephaly
- Gastrochisis/ Examphalos ( kecacatan dinding abdomen)
- Major Kidney Problem
- Major Limb Abnormalities

Ada kes yang pernah berlaku di klinik saya , bayi lahir dengan Epidermolysis Bulosa tetapi ibu itu sudah melakukan detail scan.. ada juga beberapa kes yang tidak boleh dikesan seperti masalah kulit/ autisme /cerebral palsy...

Ok lah..besok kita sambung pasal NT Scan pulak ek... 
So rase2 nak buat detailed scan boleh hubungi klinik 0342854739 untuk appointment.....
GOOD NIGHT GUYS... 


Friday, 6 October 2017

ULTRASOUND 2D/3D/4D/5D (HLIVE)


Hi guys..... Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu...
Biasanya hujung minggu ni, ramai patient yang datang mesti nak buat scan/ ultrasound...
Yela kan.. waktu cuti ni la nak spend time g beli barang2 baby, orang kate nak buat persediaan menyambut orang baru... So biasanya mesti ibu-ibu hamil eksaited untuk g scan, esp Gender Scan..

So harini saya nak kongsi apa perbezaan Scan 2d/ 3d/ 4d/ detail scan ni..


2D Scan
- hitam / putih scan di klinik/hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.

(a) 2D growth (4-40week) 
* check saiz baby, placenta, air ketuban, dan kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby. 

(b) 2D FULL detail scan (16-24week) 
* check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan, tulang2 semua, organ dalaman, otak, muka, jantina, tulang belakang, tengok jantung berlubang, accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan.

(c) 2D PARTIAL detail scan (24-30week)
* check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat, struktur otak tidak akan diukur sebab tidak accurate. Hanya check tulang2 baby, tulang belakang, organ, muka. Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan.

3D 4D Scan* 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live. 

HD scan * Hd scan sama dengan 3d4d, ianya bukan 5d scan, sebab tiada extra dimensi yang boleh kelihatan.
* beza dengan 3d4d scan ialah, texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.


Image result for ultrasound scan 2d baby

Related image
usia 6 minggu (confirm intrauterine pregnancy)
Image result for ultrasound scan 2d perkembangan baby 12 minggu
usia 12 minggu (da bleh nampak anggota kaki dan tangan)




Biasanya yang buat antenatal checkup di Klinik Iltizam saya akan buat 2D Partial Detail scan secara percuma untuk pesakit saya...
Di klinik kerajaan pula, doktor akan refer ibu-ibu yang berisiko seperti Gestational DM , Hypertension, IUGR dll...so kalau ibu-ibu yang berkemampuan, saya lebih syorkan untuk buat detail scan berbanding 4d/Hd live..

soal harga ??? utk area klang valley range harga spt berikut :

- 2d scan rm45- 60
- 3d/4d rm100-120, (include cd dan gambar)
- HD live rm 120-150
- full detail scan rm 150-200 

okla,saya harap dengan penjelasan ringkas ini ibu-ibu dah faham scan apa yang penting sesuai dengan usia kandungan ibu.... Next post nanti saya akan cerita lebih detail tentang detail scan dan juga NT scan...

Thanks for ur reading..... 




KLINIK ILTIZAM

Klinik Iltizam berada di Ampang Waterfront , sederet Manjaku Baby Mall... Jalan mengarah ke Bukit Belacan..

Dahulunya klinik ini dikenali dengan Poliklinik Annisa dan telah pun bertukar nama setelah saya mengambil alih klinik ini..
Diberi nama ILTIZAM yang bermaksud (komited) oleh rakan kongsi sy...

Kalau dari tepi jalan, pasti korang bleh nampak klinik ini, tersergam indah dengan signboard berwarna merah terang... bersebelahan dengan HasRaz western cafe...

Image may contain: outdoor

Orait... So apa je servis yang ada di klinik Iltizam ??

Kami merawat semua golongan usia dari bayi/ kanak-kanak/ dewasa / tua ...
Lelaki & Perempuan 

Antara servis yang ditawarkan antaranya :

1) Imunisasi dan checkup bulanan 
2) Pemeriksaan Antenatal
3) Ultrasound 2d/3d/4d/5d (HDlive)
4) Sunatan Bayi perempuan/ Lelaki
5) Rawatan luka / Pembedahan Kecil 
6) Vaksinasi tambahan /Travel vaccination 
7) Pemeriksaan Kesihatan ( full blood test)
8) Rawatan Kecemasan seperti nebuliser/ECG
9) Pemeriksaan Bulanan untuk Diabetes/ Hypertension 
10) Pemeriksaan Darah segera (DENGGI)
11) Perawatan Kulit
12) Family planing (hormone pill/ im DEPO/ IUCD/ Implanon)
13) Kaunseling Kesuburan 
14) Slimming Treatment
dll

Waktu Operasi ?? Hari apa tutup? 
KLINIK ILTIZAM dibuka setiap hari . 
9 pagi hingga 11 malam...

Doktor yang bertugas : DR NURUL ( always available ).... dan malam akan dibantu oleh DR ZUL...

Image may contain: 5 people
dr nurul & dr zul (version kurus) hahaha....

So kalau ada masalah kesihatan yang perlukan rawatan dan nasihat dari doktor bolehla singgah di klinik Iltizam...
waze je Klinik Iltizam ( No 9, Jalan AWF 3, Ampang Waterfront 68000, Ampang Selangor )

Atau kalau xjumpa , boleh call kami 03-42854739..

atau bleh jugak buzz/pm FB Klinik Iltizam Ampang Waterfront...

https://www.facebook.com/1664060323915569/videos/1904714719850127/


ruang menunggu 

dispensary (tempat amek ubat)

kaunter register

bilik doktor

bilik rawatan

ruang kanak-kanak (KIDS ZONE)










ITS ALL ABOUT ME!!!

Dilahirkan dalam keluarga sederhana mempunyai 4 orang beradik.... seorang lelaki dan 3 perempuan..

Membesar dengan sempurna , diberi didikan secukupnya dan akhirnya berjaya menjadi seorang doktor. DR NURUL... (panggilan faveret)

Kini, masih seorang anak perempuan kepada ibu, seorang isteri dan seorang ibu kepada 2orang puteri...

Umur saya baru 29 tahun dan kini bekerja sendiri di sebuah Klinik Swasta ,KLINIK ILTIZAM yang terletak di Ampang Waterfront....

Actually dah lama sangat nak menulis blog, kagum membaca blog orang lain tapi belum ade keyakinan untuk menulis... So now lets started... Sorry kalau blog ini sangat memboringkan tapi saya akan cube berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai kesihatan... dulu2 selalu masuk pertandingan bercerita tapi rupenya bakat tu tak sama dengan menulis blog... but its ok, demi menyahut seruan suami supaya menulis blog dan berkongsi info...Dengan lafaz Bismillah,..

Image may contain: one or more people
cube teka saya yang mana ??? hehe